No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

Manfaat Kurma

KEBAIKAN BUAH KURMA

Buah kurma adalah buah terbaik untuk penjagaan kesihatan

Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat yang penting untuk kesihatan diri, oleh itu, ia harus menjadi sebahagian daripada pemakanan harian kita. Dalam entri ini, kami akan membuktikan:

Apa kaitannya dengan kesihatan diri?

Terdapat beberapa faedah buah ini dalam menjadikan tubuh badan kita lebih sihat. Badan kita akan bebas daripada pelbagai bentuk penyakit serta dapat memanjangkan hayat kita. Seterusnya, kita dapat melakukan kegiatan seharian dengan semampu yang boleh tanpa sebarang gangguan penyakit. Memberikan sumbangan yang terbaik dalam segenap tugasan dapat menjadikan anda sebahagian komuniti yang sangat berharga dalam masyarakat kita. Selain itu, kesihatan fizikal akan terzahir di wajah secara tidak langsung, menjadikan anda tampak lebih menarik dan menimbulkan rasa positif pada diri anda! Jika badan anda cergas, maka anda masih boleh menjalani kehidupan yang aktif walaupun apabila menginjak usia tua.

Peranan buah-buahan dalam menjadikan diri kita lebih sihat

Pengambilan buah-buahan dalam pemakanan banyak memberi manfaat terhadap kesihatan diri. Individu yang mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada diet yang sihat secara umumnya dapat menurunkan risiko daripada menghidapi pelbagai penyakit kronik. Buah-buahan membekalkan nutrien yang penting termasuk vitamin, mineral, air dan serat untuk kesihatan dan penyelenggaraan sistem badan anda. Sesetengah buah-buahan juga mengandungi fitonutrien yang merupakan bahan aktif yang boleh membantu mencegah dan / atau melawan penyakit.

Apakah Buah Kurma?

Buah kurma merupakan buah daripada pohon kurma. Ciri-ciri kurma adalah bewarna coklat tua kemerahan, berbentuk bujur, dan saiznya kira-kira 1 1/2 inci panjang. Kulit kurma sedikit berkedut dan agak melekit. Buah kurma tumbuh secara berkelompok di bawah pelepah pokok kurma. Satu kelompok tunggal boleh mempunyai anggaran 600 hingga 1700 buah kurma. Pokok kurma boleh tumbuh setinggi 100 kaki dan boleh menghasilkan buah selama 60 tahun atau lebih.

Recent Comment: (1)

commenter
Travon October 5, 2016

Ah yes, nicely put, evnoryee.

Reply

Leave a Reply

Answer to Travon Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *