No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

khasiat buah kurma untuk ibu hamil

Buah kurma sangat berkhasiat pada kita kerana buah ini tinggi dengan kandungan nutrisi. Mengandungi sekurang-kurangnya 15 jenis mineral seperti kalium, protin, 14 jenis asid lemak, serat dan pelbagai jenis lagi, buah ini merupakan gudang nutrisi.

Jadi, ianya sangat bagus untuk kehidupan harian kita, apatah lagi dalam tempoh mengandung.
Hidangan waktu hamil adalah penting untuk semua wanita; apakah jenis makanan yang patut dimakan dan yang tidak patut dimakan? dan soalan-soalan lain.

Soalan: Adakah buah kurma bermanfaat untuk hidangan waktu hamil?

Terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengenai perkara ini. Anda boleh mencari serba sedikit mengenainya di laman internet.

Kami akan memberitahu kebaikan yang ada pada kurma untuk para wanita yang mengandung.

Wanita mengandung boleh mengambil kurma dalam diet mereka. Tetapi jangan diambil dalam jumlah yang banyak. Dengan kata lain, wanita hamil hanya boleh mengambil satu atau dua biji kurma setiap hari dari bulan pertama sehingga bulan ke sembilan. Pada bulan ke Sembilan, mereka boleh mengambil tiga hingga enam biji kurma.

Pengambilan kurma secara berkala mempunyai kebaikan seperti berikut:

Wanita yang mengambil kurma setiap hari semasa hamil terutamanya pada bulan kesembilan kurang memerlukan ubatan dalam proses melahirkan anak berbanding dengan wanita yang tidak mengambil kurma semasa hamil.

Wanita yang mengambil kurma mempunyai pengembangan servik yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak mengambil kurma.

Penggunaan Pitocin (Oxytoxin sintetik) adalah jauh lebih rendah pada wanita yang mengambil kurma (28%) berbanding wanita yang tidak mengambil kurma (74%)

Menyediakan serat asli dan mineral yang diperlukan oleh wanita hamil Kurma mempunyai peranan yang penting untuk pembesaran fizikal embrio: meningkatkan kekuatan tulang embrio dengan kalsium, membekalkan darah yang cukup umtuk embrio dan sebagainya.
Kurma mempunyai peranan rohani yang penting: meningkatkan mood yang baik, lemah lembut dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *