image
No.14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Isnin - Sabtu 10.00 - 20.00

Ahad Tutup

BUAH KURMA KERING

Kurma segar mempunyai kandungan lembapan yang tinggi dan kadang kala melebihi separuh dari jumlah berat kurma tersebut. Kandungan air yang tinggi dalam kurma ini menghalang penyimpanan kurma dalam jangka masa yang lama dan ini menyukarkan proses pengangkutan dan pembungkusan. Jadi, dengan cara mengeringkannya, kurma boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama! Pengeringan ini juga menyebabkan kenaikan kadar kepekatan gula dalam kurma. Jadi, pengambilan kurma kering dalam kadar tertentu boleh membekalkan tenaga berganda pada badan anda!
Kurma kering amat bermanfaat untuk jantung kerana ia menggalakkan penyingkiran cholesterol dari arteri dan ia juga dianggap sebagai buah yang berkalori tinggi yang baik untuk badan. Kandungan serat yang tinggi dalam kurma merupakan sumber tenaga yang baik dan bagus untuk pengurangan berat badan selain serat itu bagus untuk merawat sembelit dan memberihkan sistem pencernaan. Ia juga bagus untuk mencegah sakit hulu hati dan kandungan asid yang tinggi dalam perut. Kurma kering mengandungi kalsium yang tinggi dan oleh mencegah artritis dan osteoporosis. Kandungan iron yang tinggi dalam buah boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah dan melancarkan sistem perjalanan darah dalam badan. Manakala kandungan vitamin B mempunyai pengaruh secara langsung terhadap kecederaan rambut dan menyingkirkannya.
Adalah perlu diingati bahawa kurma kering tidak boleh diambil secara berlebihan kerana pengambilan yang tinggi akan membahayakan hati, meningkatkan tekanan darah. Juga bagi penghidap kencing manis atau kandungan gula yang tinggi dalam darah perlu mengambil kurma kurang dari orang lain.
Shahani, Zahedi (Zahidi), Shakkar dan Dayri adalah sebahagian dari buah kurma Iran yang mana setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik. Buah kurma separuh kering dari Iran merangkumi: Stamaran, Piarom (Piarum, Maryami), Hallawi , Shahani, Khazravi and Ashrasi dan tempat yang paling banyak ditanam kurma di atas adalah Khuzestan, Hormozgan, Bushehr, Kerman, Sistan dan Baluchestan, Fars dan Ilam. Kurma Stamaran, Pioram (Piorum, Maryami), Zahedi (Zahidi), Dayri dan Khazravi mempunyai warna perang yang terang, rasa yang manis dan isi yang segar. Manakala Dayri, Hallavi, Piarom (Piarum), Khazravi, Gantar, Zahedi (Zahidi) dan Stamaran dikelaskan sebagai kurma eksport terbaik dari Iran yang menerima sambutan yang baik dari seluruh dunia.
Kurma kering mempunyai lebih banyak kalori berbanding kurma segar, jadi ia boleh menjadi snek yang penuh dengan tenaga untuk golongan yang selalu bersenam. Adalah perlu diingati bahawa pengambilan kurma kering boleh meningkatkan kandungan gula! Jadi, pengambilan kurma segar untuk menggantikan kiub gula adalah pilihan terbaik! Para doktor menyarankan kurma boleh membekalkan tenaga dan lebih bermanfaat berbanding kiub gula mahupun kurma kering!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Blogs