No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

Manfaat Kurma

KEBAIKAN BUAH KURMA

Buah Kurma merupakan buah tropika yang ditanam banyak di Iran dan Timur Tengah. Buah ini dianggap antara buah yang mengandungi khasiat paling banyak untuk kesihatan tubuh badan disamping rasanya yang sangat lazat. Buah kurma merupakan buah yang terbaik untuk pembinaan otot badan. Selain itu ia merupakan sumber vitamin yang penting seperti A, B, E dan C serta garam galian penting seperti serat, kuprum, magnesium, protein, Kalium dan Kalsium.
Kalium berfungsi untuk menguatkan sistem saraf. Pengambilan kurma setiap hari juga boleh mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung. Kandungan serat tidak larut dan larut kurma mampu melancarkan lagi sistem penghadaman di dalam gastrousus dan mengatasi masalah sembelit.
Selain itu, serat kurma bermanfaat untuk mengurangkan risiko kanser kolon dan buasir. Di samping meningkatkan kesihatan usus besar, serat juga dapat meningkatkan kesihatan jantung anda! Kandungan magnesiumnya yang tinggi bertindak sebagai anti-radang di samping membantu mengurangkan dan mengawal tekanan darah tinggi!
Vitamin B6 pula membantu untuk meningkatkan kecerdasan otak. Potassium pula merupakan mineral yang bermanfaat untuk kesihatan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Buah Kurma juga dapat memperbaiki sistem saraf serta menghilangkan rasa lapar kerana kandungan kaliumnya yang tinggi.
Buah kurma juga merupakan makanan pelawas yang baik. Oleh sebab itu kurma sangat bagus dimakan oleh orang-orang yang mengalami masalah sembelit. Cara pengambilannya adalah dengan merendam kurma di dalam air semalaman. Kemudian, minum rendaman kurma di pagi hari untuk mendapatkan hasil yang paling optimum. Menurut kajian yang telah dilakukan sebelum ini, kurma boleh mengatasi masalah sembelit disebabkan jumlah serat larutnya yang tinggi. Mineral yang lain berfungsi untuk menguatkan tulang dan merawat penyakit yang kronik seperti osteoporosis.
Kandungan zat besi menjadikan kurma sebagai makanan tambahan berkhasiat yang boleh menampung kekurangan zat besi untuk mereka yang mengalami masalah anemia. Di samping itu, kalium dan serat larutnya turut berkesan untuk merawat cirit-birit kronik. Akhir sekali, kurma boleh menjana banyak tenaga untuk badan tanpa memberi sebarang kesan negatif kepada badan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *