location No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Get Directions: Google / Waze
clock

10A.M. - 8P.M.

Hari-Hari Buka

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

Pomegranate Juice

Jus Delima

Pokok delima atau nama saintifiknya Punica Granatum merupakan pokok renek yang mampu membesar dengan ketinggian sehingga lima hingga sepuluh meter. Buah daripada pokok ini turut digelar sebagai delima mempunyai pelbagai khasiat termasuklah dari sudut kesihatan dan kecantikan. Jus buah delima atau jus delima merupakan inisiatif lain untuk masyarakat umum menikmati kepelbagaian khasiat buah delima dengan mudah untuk jangka masa yang lebih lama berbanding dengan buah asal.

Dalam Surah ar-Rahman ayat ke 68, Allah SWT ada menyebut, “Di dalam kedua-dua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.” Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pengamal jus delima mendapat khasiat yang tidak bleh disangkal lagi. Jus delima yang diekstrak daripada buah dari syurga ini mempunyai banyak kandungan nutrien yang menyihatkan dan menyegarkan. Antara kandungan yang terdapat dalam jus ini termasuklah antioksidan, zat besi, riboflavin, thiamine, raisin, vitamin C, kalsium, polifenol dan fosforus.

Penelitian daripada American Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa jus delima mampu untuk mengurangkan kadar kolestrol berlebihan yang terkandung dalam darah. Hal ini demikian kerana, kandungan antioksidan dalam jus delima dapat mengurangkan oksidasi kolestrol jahat dan sekali gus meningkatkan kadar oksidasi kolestrol baik dalam badan. Khasiat lain termasuklah jus delima berkesan mengurangkan risiko sakit jantung dan strok. Umum sedia maklum bahawa, khasiat antioksidan dalam jus delima dikatakan lebih baik daripada kebanyakan jus buah-buahan yang lain termasuklah anggur merah, buah beri biru, kranberi dan buah oren.
Dari sudut kecantikan pula, antioksidan mampu untuk membantu melambatkan proses penuaan, menegangkan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah. Hal ini merupakan berita gembira buat orang ramai terutama para wanita yang inginkan wajah segar dan awet muda. Kandungan gula yang terdapat dalam jus ini juga boleh menjadi bahan skrub semulajadi yang dapat membantu membersihkan kulit mati.

Selain itu, jus yang kaya dengan kandungan polifenol ini juga perlu diamalkan oleh penghidap barah terutama barah payudara dan barah prostat. Hal ini kerana khasiat jus ini mampu melawan dan membunuh sel barah payudara dan berupaya untuk mengaktifkan sel sihat jika diamalkan setiap hari. Sehubungan dengan itu, selain daripada barah payudara, jus delima juga mampu merencatkan sel barah paru-paru dan prostat. Antara khasiat lain ialah kandungan asid folik yang tinggi yang sesuai diamalkan oleh ibu mengandung. Hal ini kerana, asid folik dapat mencegah kecacatan tiub saraf dan mengelakan kerosakan pada sumsum tulang belakang serta mengelakkan kecacatan sumbing pada bayi. Selain itu, khasiat jus ini dapat menjaga degupan jantung bayi agar tetap normal, dan menunjang kepekaan saraf dan otot agar dapat berfungsi dengan baik.

Zat besi yang terkandung dalam jus delima merupakan elemen penting dalam membantu proses pembentukan sel darah merah. Justeru, jus ini sesuai buat individu yang mengalami masalah anemia atau kurang darah merah. Kandungan asid askorbik atau vitamin C yang tinggi telah terbukti menjadi ejen anti-radang yang hebat. Penghidap penyakit asthma dan lelah dapat merasakan perbezaan selepas pengambilan jus ini kerana ianya dapat mengurangkan bunyi dehitan pada penghidap penyakit tersebut.

Amalan pengambilan jus delima ini sedikit sebanyak dapat membaiki sistem pengaliran darah ke jantung dan memperlambatkan proses penyakit Alzheimer atau nyanyuk. Hal ini tebukti daripada penelitian pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt. Beliau mengenal pasti bahawa pengambilan jus delima sebanyak tiga kali atau lebih setiap minggu dapat mengurangkan 76 peratus risiko pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer. Tambahan lagi, jus delima juga dapat menurunkan tekanan darah, mencegah kerosakan tulang rawan dan menjaga kesihatan gigi selain dapat merawat cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, dan masalah ketidakhadaman.

Saranan pengambilan jus delima cukup mudah dan boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja iaitu diambil dalam keadaan perut masih kosong sebanyak dua kali sehari, seeloknya sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum tidur.