Description
Kurma Deglet Noor merupakan sejenis kurma yang sering diimport dari Tunisia. Apabila diterjemahkan dari bahasa Arab, nama Kurma Deglet Noor bermaksud ‘ratu segala kurma’. Kurma ini sangat popular di kalangan penggemar kurma di seluruh dunia disebabkan oleh rasa manisnya yang seperti madu, tekstur yang lembut dan mempunyai kelembapan yang tinggi. Warna kurma yang terang adalah ciri yang membezakannya daripada kurma lain. Kurma Deglet Noor boleh dimakan secara langsung atau digunakan sebagai bahan masakan dalam pelbagai hidangan, sesuai untuk dicampurkan ke dalam hidangan berbuka ketika bulan Ramadan. Selain itu, Kurma Deglet Noor Bertangkai ini juga boleh dijadikan sebagai snek yang sihat atau diambil ketika berbuka. Apabila disimpan di keadaan yang sejuk dan kering, Kurma Deglet Noor Bertangkai boleh bertahan sekurang-kurangnya selama 12 bulan.