buah kurma
Pemborong Kurma Green Diamond komited untuk memberikan buah kurma berkualiti premium dan mampan yang dibeli dengan beretika daripada petani dan dihantar dengan cara terbaik kepada pelanggan. Green Diamond sentiasa memastikan bahawa buah kurma berkualiti terbaik pada masa yang sama syarikat menggalakan piawaian sosial, ekonomi dan alam sekitar dalam kegiatannya.

Product added!
Sale!
Kurma Rotab Sukkary ini dari Madinah dan juga menjadi salah satu kurma yang menjadi pilihan Rasulullah S.A.W. Kurma Sukkary atau juga dikenali dengan sebutan Kurma Raja adalah salah satu kurma yang paling disukai di kawasan Saudi Arabia dan Timur Tengah. Kurma Sukkary berukuran besar dan berwarna coklat terang dan hujungnya kuning ranum. Daging buahnya sangat lembut sehingga terasa seakan mencair di mulut apabila dimakan. Raja Arab serta orang-orang Arab amat menyukai Kurma Rotab Sukkary kerana ianya juga dipercayai mempunyai kelebihan untuk menambah stamina khususnya untuk para lelaki.