image
No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Isnin - Sabtu 10.00 - 20.00

Ahad Tutup

TEMPAT UNTUK MEMBELI KURMA

Terdapat pelbagai jenis kurma serta beberapa wilayah yang menjadi pembekal eksklusif mereka. Kurma Mazafati dianggap sebagai kurma paling lazat di dunia serta mempunyai warna hitam yang menarik. Kawasan penanaman dan juga pusat membeli utama untuk kurma ini adalah Jiroft dan Kahnouj di wilayah Kerman dan juga saravan dan Iranshahr di Sistan dan wilayah Balouchestan.
Kurma Zahedi adalah jenis kurma lain yang boleh dianggap sebagai salah satu jenis kurma yang paling banyak dimakan. Kurma ini biasanya dimakan kering dan bewarna kuning, lazat dengan rasa yang manis serta kelembapan kurang berbanding kurma lain. Pembekal utama Kurma Zahedi adalah Dashtestan di kwasan Bushehr. Sejenis lagi sebahagian besar buahnya mempunyai warna merah kehitaman, pengeluarannya di wilayah Sistan dan Balouchestan serta ditanam di Zabol, Chabahar dan Saravan. Kurma yang ditanam di Iranshahr dan Zabol mempunyai kualiti yang tinggi.
Kurma Piarom yang ditanam secara organik adalah Kurma separa kering yang paling lazat dan ditanam di wilayah selatan dan bahagian paling utara Hormozgan. Aspek kebersihan sangat perlu dititik-beratkan terutamanya pusat jualan kurma haruslah bersih dan bebas daripada habuk. Tempat-tempat yang sangat panas dan sangat lembap boleh menyebabkan kerosakan buah kurma. Kurma juga perlu dijauhkan dari bawang, ikan, daging dan tempat penghasilan minyak agar kurma yang dibeli teksturnya nipis dan baunya tidak busuk serta gula tidak keluar ke permukaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Blogs