No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

KURMA DEGLET NOOR

Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang mempunyai ciri-ciri tersendiri termasuklah rasa, warna dan lain-lain lagi. Kurma Deglet noor adalah antara kelurga terbesar kurma yang mempunyai ciri-ciri yang unik berbanding kurma lain. Warnanya yang lebih cerah berbanding kurma lain dan kurma ini digelar sebagai permaisuri segala jenis kurma. Antara ciri-ciri unik kurma ini adalah teksturnya yang lembut, berwarna cerah dan isi yang sedap menyebabkan kurma ini berlainan dari kurma lain.
Negara yang terlibat dengan penanaman kurma ini adalah Algeria, Libya, Amerika Syarikat dan Tunisia. Pada asalnya, kurma ini hanya ditanam di Algeria utara Afrika yang mana tempat ini merupakan pengeluar utama kurma ini. Musim penuaian kurma ini adalah dari bulan Oktober hingga Januari. Cuaca mempunyai kesan secara langsung terhadap kualiti kurma ini. Hujan yang turun dan musim sejuk akan menyebabkan pokok lambat berbuah.
Kandungan gula yang sederhana, mempunyai vitamin dan pelbagai jenis mineral menyebabkan kurma ini snek yang sempurna dan mampu mengembalikan tenaga. Jika boleh dibandingkan dan disimpulkan kurma ini dengan kurma Medjool, kurma Medjool adalah raja manakala kurma Deglet Noor adalah permaisurinya. Ini kerana kurma Medjool mempunyai saiz yang besar, isi yang sedap dan rasa yang manis manakala kurma Deglet Noor bersaiz lebih kecil, berwarna cerah dan mempunyai rasa seperti madu. Bagi kaedah penyimpanan, kurma Deglet Noor dapat disimpan dalam jangka masa yang lebih panjang dan jika disimpan dalam peti sejuk, kurma ini boleh bertahan lebih setahun tetapi untuk kualiti yang lebih baik, makanlah dalam masa 6 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *