No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

KURMA DAN KANDUNGAN MINERALNYA

Buah kurma boleh mengubati serta mengurangkan pelbagai penyakit seperti: Diabetes, tekanan darah, kanser, sakit jantung, demam dan lain-lain gangguan.
Buah ini juga berpotensi membantu pelbagai pesakit seperti: mempunyai masalah kesuburan, sesuai untuk ibu mengandung, memudahkan proses bersalin, memberi perlindungan pada nephron dan sebagainya.
Mengapa?
Buah ini mengandungi khasiat yang tinggi seperti, Antioksidan, mineral, vitamin, serat dan lain-lain, seterusnya memberi banyak manfaat pada kesihatan tubuh badan kita. Pelbagai khasiat kurma anda boleh perolehi dari laman web kami.
Di bawah ini kami akan senaraikan mineral yang terkandung di dalam kurma yang baik untuk anda:
100 g saiz hidangan buah kurma mengandungi kira-kira:

Kalium – 964 miligram: Kalium mengawal impuls elektrik dengan mengekalkan degupan jantung yang stabil. Ia juga bertindak balas terhadap kesan natrium dalam diet anda dengan merendahkan tekanan darah.
Magnesium – 54 miligram: Magnesium merehatkan otot jantung dan saluran darah anda, seterusnya mengurangkan tekanan darah. Ia juga boleh membantu merendahkan tahap trigliserida.
Kalsium – 64 mg: Buah kurma kaya dengan kalsium. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi, dan ia diperlukan tubuh badan untuk pengecutan otot, pembekuan darah dan membantu pengaliran saraf pengaliran.
Mangan – 0.296 mg: Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor bersama untuk enzim antioksidan, superoxide dismutase.
Kuprum – 0,362 mg: Kuprum diperlukan untuk penghasilan sel darah merah. Magnesium pula penting untuk pertumbuhan tulang.
Zat besi – 0.90 mg: Kurma mempunyai 0.90 mg / 100 g kandungan zat besi yang menjadikannya salah satu sumber zat besi yang sangat baik. Zat besi merupakan komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang menentukan keupayaan membawa oksigen di dalam darah.
Fosforus – 62 mg: Dengan kombinasi bersama kalsium, fosforus diperlukan untuk pembentukan tulang, gigi dan sel-sel saraf. Fosforus adalah mineral kedua terbanyak selepas kalsium di dalam badan. Ia terdapat dalam hampir seluruh tumbuhan dan haiwan jadi risiko untuk kekurangan fosforus adalah sangat rendah.

Recent Comment: (1)

commenter
Marsue October 5, 2016

If time is money you’ve made me a wealthier woman.

Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *