image
No.14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Isnin - Sabtu 10.00 - 20.00

Ahad Tutup

JENIS-JENIS BUAH KURMA

Kurma adalah buah yang di tanam di kawasan tropika dan kawasan tertentu di seluruh dunia. Iran mempunyai kepelbagaian cuaca menjadikannya salah satu kawasan pengeluar kurma terbesar di dunia. Antara jenis kurma yang penting untuk Iran ialah Stamaran (Sayer), Mazafati (Kimia), Kabkab, Shahani, Zahedi (Zahidi), Rabbi, Khazravi, Bahri, Mordar Sang dan Allmehtari. Masing-masing adalah penting untuk wilayah yang berbeza.
Buah kurma Stamaran juga dipanggil Samaran, Sayer dan Sambarun merangkui 80% jumlah pokok kurma di wilayah Khuzestan. Buah kurma Stamaran mempunyai nilai dagangan yang tinggi dan dianggap sebagai produk eksport yang penting bagi wilayah Khuzestan. Kurma ini ialah kurma separuh basah yang membolehkan meningkatkan kadar penyimpanan dan sesuai untuk di eksport ke luar.
Kurma Shahani dinamakan dengan nama yang berlainan mengikut tempat. Di Minab, Shoni di Firuzbad dan Khork shani di Hajiabad, kurma ini dipanggil Shavoni. Kurma ini sangat penting dan banyak di wilayah Fars. Kurma Shahani dikira sebagai kurma basah disebabkan warna perang yang cantik dan rasa manisnya, dijual di pasaran tempatan. Kurma Iran ditanam di Bandar-bandar yang berbeza seperti di Jahrom, Jiroft, Kahnouj, Hajiabad dan Saravan.
Kurma Mazesfati (Kimia) dianggap sebagai kurma paling lazat di dunia. Kurma ini tergolong dalam umpulan kurma basah yang berwarna hitam. Kandungan air dalam kurma ini bergantung pada masa dan tempat tuaian iaitu antara 15%-35%. Kurma ini ditanam di Bam, Saravan, Iranshahr, Nickshahr dan Tabas. Bangunan yang mempunyai simpanan sejuk beku meningkatkan penghasilan kurma ini. Wilayah Tehran merupakan pembekal dalaman utama.
Kurma Zahedi (Zahidi) juga dikenali sebagai Ghasb merupakan kurma kering dan bagi tempat-tempat tertentu dianggap sebagai kurma separuh kering. Kurma ini merupakan salah satu kurma yang penting untuk eksport Iran. Ia berwarna coklate terang dan di tanam di Khuzestan, Bushehr, Fars dan Kermanshah di Iran.
Kurma Kabkab ialah kurma basah yang berwarna coklat gelap yang merupakan antara kurma yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi selepas Stamaran, Shahani dan Mazafati. Kurma ini di tanam di Khesht dan Komarj di Bandar Kazerun dan Dashtestan.
Satu lagi jenis kurma ialah Rabbi yang menjadi produk penting di wilayah Sistan dan Baluchestan. Buahnya agak besar, berwarna merah dan biasanya di tanam di Iranshahr, Zabol, Saravan dan Chahbahar.
Kurma Barhi adalah kurma yang lambat berbuah di mana, kurma ini tidak tahan akan kelembapan. Kurma ini antara produk yang paling penting di wilayah Khuzestan yang di tanam di Dehloran, Borazjan dan Sumar. Kurma Barhi berwarna jingga ketika muda dan kemiduan bertukar merah apabila masak.
Kurma Gantar juga dikenali sebagai Gandi di kawasan lain. Kurma ini adalah kurma yang basah dan dikira sebagai produk yang terkenal di wilayah Khuzestan.
Kurma Piarom (Piarum) terkenal dengan rasa paling lazat di dunia yang ditanam di selatan Iran. Kurma Iran ditanam dengan cara organik dan bebas dari bahan kimia dan semburan perosak. Kandungan airnya yang rendah dan mudah diurus, kurma ini mendapat tarikan di pasaran antarabangsa.
Allmehtari, Khazravi , Shakkar , Khassui , Mordar sang , Zareik , Sheikhali , Hallavi and Dayri adalah jenis-jenis kurma Iran yang lain yang mana masing-masing mempunyai ciri-ciri yang unik dan manfaat yang tertentu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular Blogs