No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

KEK BUAH KURMA

Mukaddimah Tentang Buah Kurma
Kurma adalah salah satu makanan yang paling manis dan lazat dalam dunia. Buah ini merupakan sumber nutrien yang tinggi seperti mineral, vitamin, antioksidan, enzim dan serat. Kurma amat baik untuk kesihatan badan kita seperti: mengawal proses penghadaman, merawat anemia, mengawal berat badan, mencegah kanser, membantu kesihatan jantung, kehamilan, dan lain-lain Sesetengah pakar kesihatan mengatakan bahawa makan sebiji kurma setiap hari adalah perlu untuk diet yang seimbang dan sihat. Kurma boleh diambil dalam pelbagai bentuk: sebagai pencuci mulut, makan bersama dengan kekacang, sebagai snek, dalam bentuk salad, makanan dan minuman.
Resepi di bawah ini merupakan antara pencuci mulut paling lazat.
Kek Kurma Madu
Bahan-Bahan
180g Kurma dibuang biji, dicincang
200g gula perang halus
55g butter atau margarine
250ml air masak
220g tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh estrak vanilla
Arahan
Panaskan ketuhar pada 200o C / Gas 6. Gris dan tabur sedikit tepung di atas Loyang 23x13cm. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan kurma dengan gula perang, marjerin dan air masak. Biarkan 15 minit. Kemudian masukkan tepung, soda dan vanila. Tuangkan adunan ke dalam Loyang yang disediakan.Bakar dalam ketuhar panas selama 45 minit. Biarkan sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *