No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

Manfaat Kurma

BUAH KURMA DAN FAKTA NUTRISI

Buah kurma dikategorikan sebagai buah yang mengandungi kandungan khasiat yang tinggi. Namun perlu diingatkan bahawa pengambilan buah kurma yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan disebabkan jumlah kandungan gula termasuk jenis gula ringkas yang terkandung di dalam kurma. Sebaliknya, kurma mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit. Buah Kurma Iran mengandungi kandungan natrium yang rendah dan tidak berbahaya bagi pesakit tekanan darah tinggi, melainkan jika mengambilnya secara berlebihan.
Para penyelidik percaya bahawa pengambilan buah kurma bersama dengan susu boleh mengurangkan keletihan disebabkan oleh berpuasa. Bahan-bahan mineral seperti fosforus boleh membantu menguatkan fungsi daya ingatan dan mereka yang menghidap penyakit Diabetes boleh mengambil Kurma untuk menggantikan gula ringkas bagi meningkatkan fungsi buah pinggang dan pankreas.
Buah kurma yang diambil secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan kerosakan gigi! Individu terutamanya yang mempunyai sejarah kencing manis dalam keluarganya perlu mengambilnya secara berpada. Pengambilan kurma begitu digalakkan setiap hari semasa bulan Ramadan kerana jumlah serat yang tinggi berfungsi untuk membantu melancarkan sistem penghadaman selain dikatakan menyumbang pada rasa ketenangan menurut penyelidikan saintifik terbaru.
Kandungan magnesium dan bahan-bahan mineral lain yang tinggi di dalam kurma membantu menguatkan kecergasan fizikal serta meningkatkan daya ingatan. Berdasarkan statistik kajian yang dijalankan di kawasan penduduk yang sering mengambil kurma sebagai salah satu sumber makanan utama, kajian mendapati pesakit yang mengalami kanser adalah sangat kurang. Di dalam beberapa kitab perubatan tradisional ada ditulis bahawa pengambilan buah kurma membantu menghasilkan sel-sel darah merah serta mengurangkan keasidan perut.
Penghasilan tenaga untuk badan juga berbeza jika kita mengambil kurma jika dibandingkan dengan gula ringkas. Magnesium bertindak seperti fosforus iaitu menguatkan aktiviti memori, meningkatkan fungsi buah pinggang dan pankreas, anti-kanser, meningkatkan daya penglihatan, pendengaran, membantu memulihkan sakit belakang, sakit sendi dan sakit dada disamping bermanfaat bagi pesakit yang menghidap penyakit kencing manis boleh mengambilnya sebagai ganti penggunaan kiub gula. Serat kurma membantu mengurangkan lemak dan membekalkan protein yang diperlukan. Kesimpulannya, Buah Kurma dianggap sebagai diet yang paling sihat dan merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Akhir sekali, Buah kurma yang telah masak merupakan sumber kalium yang membantu pencernaan makanan serta merawat penyakit cirit-birit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *