No. 12 & 14, Jln bpp 8/2, Bandar putra permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
10A.M. - 8P.M.

Untuk Harga Borong sila hubungi kami di whatsapp

BUAH KURMA DAN KANSER

Buah kurma merupakan snek yang menyihatkan buat masyarakat seantero dunia. Buah ini mempunyai terlalu banyak khasiat seperti untuk penyembuhan atau membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti Kanser, kardiovaskular, pencernaan, diabetes, penyakit anemia serta bagus untuk wanita yang mengandung, bayi di dalam kandungan dan lain-lain.

Mengapa? Ini kerana buah bernilai ini kaya dengan nutrien yang tinggi untuk kita. Buah kurma mempunyai sumber antioksidan, mineral, vitamin, serat yang tinggi dan sangat baik untuk tubuh badan kita.

Sekarang, kita barbicang pula mengenai kanser. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai orang dari pelbagai pelusuk dunia menghidapi penyakit ini. Oleh sebab itu, banyak persoalan yang timbul daripada isu ini: Apakah itu kanser? Apakah jenis makanan berkhasiat untuk mencegah kanser dan lain-lain lagi.

Kami akan memberi maklumat mengenai kanser kepada anda.

Apakah itu Kanser?

Kanser, juga dikenali sebagai ketumbuhan, adalah pertumbuhan sel secara abnormal. Radikal bebas terbentuk disebabkan aktiviti metabolik, kerosakan sel-sel badan seterusnya menyebabkan kanser. Terdapat lebih daripada 100 jenis kanser termasuk kanser payudara, kanser kulit, kanser paru-paru, kanser usus besar, kanser prostat, dan lymphoma. Gejala kanser berbeza bergantung kepada jenis. Rawatan untuk kanser termasuklah kemoterapi, radiasi, dan / atau pembedahan.

Buah Kurma dan Kaitannya dengan Kanser

Buah kurma mempunyai fungsi yang amat penting dalam mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Ini disebabkan kurma kaya dengan khasiat yang berkesan dalam mengurangkan dan mencegah kanser.

Ini termasuklah:

Vitamin C: Vitamin C merupakan salah satu vitamin yang paling penting berbanding vitamin yang lain. Ia berperanan sebagai antioksidan, seterusnya melindungi tisu-tisu badan dari kerosakan kesan dari pengoksidaan. Antioksidan bertindak untuk melindungi sel-sel anda daripada kesan radikal bebas yang berpotensi merosakkan produk sampingan dari tindak balas metabolisme badan. Radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan sel yang boleh menyumbang kepada terjadinya kanser.

Vitamin A: Buah kurma juga adalah sumber vitamin-A yang diketahui bersifat antioksidan dan penting untuk pesakit kanser. Pengambilan buah-buahan semula jadi yang mengandungi vitamin A juga boleh membantu melindungi diri daripada menghidapi kanser rongga mulut.

Vitamin E: Seperti vitamin C, vitamin E juga bertindak sebagai antioksidan yang melindungi tisu badan dari kerosakan kesan daripada pengoksidaan. Ia juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan mempunyai peranan yang sama seperti vitamin K dan C iaitu mencegah dan mengurangkan Kanser.

Magnesium: Buah kurma bertindak sebagai anti-kanser disebabkan kandungan magnesium yang tinggi. Magnesium juga membantu dalam meningkatkan kadar penyerapan vitamin C.

Kesimpulannya, pengambilan buah kurma bagus untuk mencegah dan mengurangkan risiko penyakit Kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *